2025-03-03 HaiPress

Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau lebih dikenali sebagai PU Amin/RTM
KUALA LUMPUR,2 Mac-Umat Islam diingatkan agar menyeimbangkan amalan sunat sepanjang Ramadan tanpa mengabaikan tanggungjawab kerja,kata pendakwah bebas Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim.
Beliau berkata ibadah seperti bertadarus,berzikir dan mendengar tazkirah amat digalakkan,namun perlu dilakukan tanpa menjejaskan pekerjaan kerana ia adalah satu amanah serta kewajipan.
"Amalan sunat ini banyak dan boleh dilakukan mengikut kesesuaian. Jika ada kelapangan,mendengar tazkirah atau ceramah adalah baik,tetapi jangan sampai mengambil masa kerja kerana itu sudah dikira mencuri masa."
"Pekerjaan adalah satu kewajipan dan amanah,manakala tazkirah atau ceramah pula merupakan pelengkap ibadah," katanya kepada RTM selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri di sini hari ini.
Mohamad Amirul atau lebih dikenali sebagai PU Amin menyarankan agar amalan seperti berzikir dan mendengar ayat suci al-Quran dilakukan dengan seimbang semasa bekerja termasuk oleh penjawat awam bagi mengimarahkan Ramadan tanpa mengabaikan tugas hakiki.
Pendekatan ini juga selari dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Program Ihya' Ramadan yang menekankan bulan suci Ramadan bukan sekadar peluang meningkatkan amalan peribadi,tetapi juga sebagai momentum untuk memperkukuh nilai integriti,disiplin dan tanggungjawab dalam pentadbiran negara.

Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur