2025-03-03 HaiPress

Pasukan bomba sedang mengawal api kebakaran di lima blok rumah pekerja jenis tidak kekal di Jalan Bundusan,Penampang Baru/Foto BOMBA
PENAMPANG,2 Mac - Dua individu mengalami cedera parah melecur selepas terlibat dalam kejadian kebakaran di Jalan Bundusan,Penampang Baru di sini kira-kira pukul 1.20 tengah hari tadi.
Mangsa lelaki,63 tahun dan seorang wanita berusia 59 tahun masing-masing diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS dan seterusnya dihantar ke Hospital Queen untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang,Zeno Tingalan berkata,kebakaran tersebut melibatkan lima blok rumah pekerja jenis tidak kekal yang merangkumi 42 unit rumah.
"Daripada jumlah itu,38 rumah musnah sepenuhnya manakala hanya empat rumah berjaya diselamatkan.
“Sewaktu ketibaan bomba,kebakaran telah merebak sehingga 90 peratus. Tindakan kami adalah untuk menyelamatkan struktur bangunan yang bukan daripada kayu kerana kebanyakan yang terbakar merupakan rumah pekerja jenis tidak kekal,” katanya.
Seorang penduduk,Azman Yusuf,yang tinggal berhampiran lokasi kejadian berkata,pada awalnya dia menyangka asap yang kelihatan berpunca daripada pembakaran biasa sebelum menyedari api telah marak.
"Saya nampak asap di kawasan itu,mulanya saya fikir mereka hanya membakar wayar seperti biasa. Namun,ketika saya mahu pergi kerja,saya lihat rumah pekerja itu sudah separuh hangus.
"Dalam tempoh kurang lima minit,api sudah marak sepenuhnya," katanya ketika ditemui RTM.
Punca kebakaran masih dalam siasatan,dan pihak forensik bomba sedang mengumpul maklumat lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur