2025-03-03 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,3 Mac- Kewartawanan yang bertanggungjawab berperanan penting memastikan kebenaran terpelihara dan kepercayaan dipupuk selain menjamin masyarakat mendapat maklumat tepat.
Presiden Institut Akhbar Malaysia (MPI),Datuk Yong Soo dalam satu kenyataan menegaskan,kepercayaan dan integriti menjadi asas utama.
"Tanpa kepercayaan,kredibiliti media boleh terjejas,menyebabkan orang ramai kurang yakin dengan maklumat yang disampaikan.
"Wartawan yang berintegriti komited untuk menyampaikan kebenaran,walaupun ia sukar atau tidak popular," menurut kenyataan itu.
Pengamal media juga berperanan menghindari konflik kepentingan,menolak tekanan pihak luar,dan berusaha untuk memberikan pelaporan seimbang serta tidak berat sebelah.
Selain itu,wartawan juga bertindak sebagai penjaga kebenaran dengan menapis maklumat betul,mengesahkan sumber,dan memastikan ketepatan pelaporan.
"Kewartawanan yang bertanggungjawab memainkan peranan penting dalam membendung penyebaran berita palsu yang boleh mencetuskan panik,ketidakpercayaan,serta membahayakan masyarakat," tambah kenyataan itu.
Menerusi kenyataan sama beliau berharap kewujudan Majlis Media Malaysia dapat menjadikan landskap media negara lebih dipercayai dan berintegriti selain menjadikan wartawan bertanggungjawab dalam pelaporan.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur