2025-03-03 HaiPress

BANK NEGARA MALAYSIA
KUALA LUMPUR,1 Mac- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan,disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
Pada minggu ini,bank pusat melakukan operasi harian dengan menawarkan repo berbalik,repo berbalik Islam dan tender repo berbalik semalaman untuk mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.
Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional menyusut kepada RM26.30 bilion pada Jumaat daripada RM27.60 bilion pada akhir minggu sebelumnya.
Dalam sistem Islam,lebihan mudah tunai lebih tinggi pada RM26.29 bilion daripada RM18.70 bilion sebelumnya.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.01 peratus pada 27 Februari. -BERNAMA
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur