2025-03-04 HaiPress

Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,4 Mac- Tiada dasar untuk mewajibkan caruman Simpanan Shariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ke atas pencarum beragama Islam,kata Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun,kerajaan menggalakkan masyarakat untuk memilih skim tersebut,mengambil kira kadar dividen bagi Simpanan Shariah KWSP 2024 yang menguntungkan.
"Bagi saya,kesan ini penting. Rekod ini dengan sendirinya akan memberi galakan kepada umat Islam untuk memindahkan kepada Simpanan Shariah.
"Sebab itu,kita tidak cadang mewajibkan,tetapi dengan bukti ini dan beberapa siri galakan dan penerangan,kita harap jumlah ini akan dapat ditambah.
"Namun,tidak ada dasar mewajibkan,tetapi menggalakkan. Umat Islam sepatutnya diberi penjelasan apa erti perbankan beberapa instrumen kewangan," katanya di Dewan Rakyat di sini.
Penyataan bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Tampin,Datuk Mohd Isam Mohd Isa.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur