2025-03-04 HaiPress

Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,4 Mac- Kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal bagi Malaysia diunjur meningkat kepada 5.9 peratus,berbanding pada 2020 yang mengalami penguncupan sebanyak 6.2 peratus.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pencapaian makroekonomi negara mencatat peningkatan yang baik sepanjang tempoh empat tahun,dari 2020 hingga 2024.
Ia mengambil kira pencapaian daripada segi aspek pertumbuhan,kadar inflasi,pembentukan modal tetap kasar dan pelaburan.
"Kalau kita lihat daripada segi pencapaian makroekonomi 2024,kita boleh rasa lega sedikit. Yang pertama,pertumbuhan. Kedua,inflasi yang rendah,1.8 peratus.
"Ketiga 'gross fix capital formation',meningkat 12 peratus,iaitu pertumbuhan pelaburan meningkat tinggi,12 peratus.
"Keempat,bursa,tahun 2024 iaitu peningkatan itu 12.9 peratus. Itu agak tinggi dalam tempoh empat tahun," katanya di Dewan Rakyat di sini.
Penyataan bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pendang,Datuk Awang Hashim.
Dewan juga diberitahu,meskipun pertumbuhan ekonomi masih rendah pasca COVID sejak 2020,namun nilai dan kadar pertumbuhan KDNK pada 2024 merupakan antara yang tertinggi di rantau ini iaitu sebanyak 5.1 peratus.
Dalam pada itu,Anwar berkata prestasi pertumbuhan ekonomi negara yang memberangsangkan menyumbang faedah besar kepada rakyat.
"Prestasi inilah menyebabkan ASB (Amanah Saham Bumiputera) kita tertinggi dalam lima tahun. KWSP,6.3 peratus,tertinggi sejak 2017.
"Jadi kalau soalan apakah angka-angka yang memukau ini beri faedah kepada rakyat? Jawabnya ya. Apakah harus ditambah lagi? Saya setuju.
"Umpamanya,peluang pekerjaan,120,000 orang,pekerjaan baharu. Maknanya,dengan kadar pengangguran 3.1 peratus (Disember 2024).
"Kemudian,ini yang menyebabkan kita lebih yakin menambah sistem persaraan,gaji,tahun ini RM10 bilionpeningkatan.
"STR,tahun ini RM13 bilion. Jadi bagaimana kata bahawa pertumbuhan ini tidak beri faedah kepada rakyat? STR tambah menjadi RM13 bilion,tertinggi dalam sejarah.
"Gaji,kenaikan yang tertinggi,ketimbang tahun-tahun yang sebelumnya. Jadi,ini faedah langsung kepada rakyat termasuk peluang pekerjaan," katanya lagi.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur