2025-03-04 HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,4 Mac- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pagi ini dalam persekitaran peniaga menunggu maklumat lanjut mengenai pelaksanaan tarif Amerika Syarikat (AS),kata seorang penganalisis.
Pada pukul 8.00 pagi,ringgit berada pada 4.4500/4700 berbanding dolar US daripada 4.4640/4680 semasa ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata S&P 500 dan Nasdaq jatuh mendadak semalaman,masing-masing turun 1.76 peratus dan 2.64 peratus ketika AS bersedia untuk mengenakan tarif import lebih tinggi terhadap Kanada,Mexico dan China mulai hari ini.
“Walaupun Indeks Pembuatan ISM AS kekal stabil pada 50.3 mata pada Februari daripada 50.9 pada Januari,sub-indeks pesanan baharu jatuh mendadak kepada 48.6 daripada 55.1,mencerminkan permintaan rendah yang boleh membawa kepada kemerosotan pengeluaran,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata indeks dolar AS susut 0.98 peratus kepada 106.557 kerana petunjuk ekonomi AS yang perlahan meningkatkan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS mungkin menurunkan kadar faedah untuk menstabilkan pertumbuhan.
"Selain itu,sokongan pemimpin Eropah terhadap Ukraine berkaitan jaminan keselamatan juga telah meningkatkan sentimen risiko pada tahap tertentu," tambahnya.
Berdasarkan faktor ini,beliau berkata USD/MYR diunjurkan berlegar di sekitar paras sokongan segera pada 4.45.
Sementara itu,ringgit kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama dalam dagangan awal.
Unit tempatan menguncup kepada 5.6528/6782 berbanding pound Britain daripada 5.6394/6444 ketika ditutup pada Isnin,berkurangan kepada 4.6663/6872 berbanding euro daripada 4.6586/6628 dan merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9786/9922 daripada 2.9683/9711.
Bagaimanapun,ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3046/3200 daripada 3.3130/3163,melonjak berbanding rupiah Indonesia kepada 270.0/271.3 daripada 270.8/271.2 dan menokok berbanding peso Filipina kepada 7.68/7.72 daripada 7.71/7.72 tetapi susut berbanding baht Thailand kepada 13.0613/1339 daripada 13.0576/0762 sebelumnya.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur