2025-03-05 HaiPress

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),M. Kula Segaran/BERNAMA
KUALA LUMPUR,5 Mac- Pengundi yang berpindah alamat dan ingin menukar bahagian pilihan raya disarankan mengemas kini alamat mastautin mereka di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),terlebih dahulu.
Jelas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),M. Kula Segaran,permohonan pertukaran bahagian pilihan raya boleh dibuat melalui beberapa saluran.
"Secara dalam talian di pautanhttps://myspr.spr.gov.my,Ibu Pejabat SPR,Pejabat Pilihan Raya Negeri di seluruh negara,Pejabat Pos di seluruh negara dan Program Outreach SPR," kata M. Kula di Parlimen,hari ini.
Beliau turut menyatakan bahawa semua permohonan Borang A akan disemak untuk memastikan kelayakan mengundi mengikut Peraturan 12A (1) dan 12A (2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
Kenyataan itu bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tebrau,Jimmy Puah Wee Tse.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur