2025-03-05 IDOPRESS

Foto Hiasan / Fail
KUALA LUMPUR,5 Mac - Dasar dalam memperkembang projek ladang solar dan pembangunan infrastruktur nuklear,antara isu yang dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen,Howard Lee Chuan How (PH-Ipoh Timur) meminta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan dasar kementerian dalam memperkembang projek-projek ladang solar melalui penggunaan tasik semula jadi dan lombong sedia ada,pada sesi soal jawab.
Selain itu,P. Prabakaran M Parameswaran (PH-Batu) pula meminta Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi menyatakan kerjasama kementerian dengan negara-negara maju dalam teknologi tenaga nuklear seperti Perancis atau Jepun bagi membantu Malaysia membangunkan infrastruktur nuklear sebagai alternatif kepada sumber tenaga yang selamat dan efisien
Pada sesi sama,Datuk Larry Sng Wei Shien (PBM-Julau) akan mengajukan soalan kepada Menteri Pendidikan mengenai usaha yang sedang dilaksanakan oleh kementerian untuk memastikan bekalan air bersih disalurkan ke sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang belum mempunyai akses air bersih.
Beliau juga ingin tahu langkah-langkah konkrit yang diambil untuk menangani isu itu serta jangka masa pelaksanaannya.
Usai sesi soal jawab,persidangan Dewan Rakyat hari ini diteruskan dengan menyambung semula perbahasan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen 2025 dan Perdana Menteri dijangka menggulung perbahasan berkenaan.-BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur