2025-03-06 HaiPress

Foto Penang Press
GEORGE TOWN,6 Mac - Kartunis terkenal negara,Mohd Azmi Mohd Hussin,41 tahun atau lebih dikenalis sebagai Azmi Hussin disahkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pada malam semalam.
Memetik sumber daripada Facebook Penang Brotherhood,Allahyarham dikatakan mengalami serangan jantung ketika dalam perjalanan pulang dari bazar Ramadan di Paya Terubong bersama keluarganya.
Jenazah akan disolatkan di Masjid Hashim Yahya,Jalan Perak selepas solat Zuhurdan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan masjid berkenaan,di sini.
Allahyarham memulakan kerjaya sebagai karikatur jalanan pada usia 29 tahun seawal tahun 2013.
Pencapaian terbesar Allahyarham adalah buku komik keduanya,bertajuk ‘The Litte Mamak’ tersenarai antara 50 buku terbaik di Malaysia oleh Majlis Buku Negara dan mewakili negara ke Pesta Buku di Frankfurt,Jerman.
Selain pernah menerima tiga pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records,antaranya ‘Most Caricature Live Painting in 24 hours’ selepas melukis 320 karikatur dalam masa 24 jam.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur