2025-03-06 HaiPress

Rohaimi Mohamed Zawawi (dua kiri) meninjau Bazar Ramadan Taman Cempaka di Melaka semalam/RTM
MELAKA,6 Mac-Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Melaka telah memeriksa 399 premis dalam tempoh empat hari bermula Ahad lalu hingga semalam menerusi pelaksanaan Ops Pantau 2025.
Ketua Pegawai Penguat Kuasanya,Rohaimi Mohamed Zawawi berkata pemeriksaan melibatkan pasar raya,kedai runcit,pasar Ramadan serta premis lain bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan ditetapkan.
Jelas beliau,pemeriksaan tertumpu kepada alat timbang dan sukat,barang tiruan,barang keperluan,bekalan,harga,jualan murah serta pematuhan perbahasaan halal bagi memastikan kepentingan pengguna terus dilindungi.
"Dalam pemeriksaan hari ini (semalam),semua tanda harga dipamerkan dengan jelas dan kelihatan baik. Pegawai penguat kuasa akan terus menjalankan pemeriksaan setiap hari di seluruh bazar Ramadan dan Aidilfitri di Melaka termasuk di cawangan Alor Gajah dan Jasin.
"Seramai kira-kira 90 pegawai penguat kuasa serta pegawai pemantau harga ditugaskan untuk turun padang bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan," katanya.
Beliau ditemui RTM selepas meninjau Bazar Ramadan Taman Cempaka,Peringgit di sini pada Rabu.
KPDN melaksanakan Op Pantau 2025 bermula 2 Mac lepas sehingga Hari Raya Aidilfitri di seluruh negara bagi memastikan pematuhan peniaga berdasarkan undang-undang yang dikuatkuasakan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur