2025-03-10 HaiPress

Kementerian Luar Negeri / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,9 Mac – Kementerian Luar Negeri (KLN),melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla sedang memantau rapat situasi di wilayah Yala,Narathiwat dan Pattani susulan beberapa insiden keselamatan yang berlaku baru-baru ini.
Sehubungan itu,rakyat Malaysia yang berada atau merancang untuk ke wilayah-wilayah tersebut dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada.
"Kementerian juga menggesa agar semua perjalanan tidak penting ke kawasan berkenaan ditangguhkan buat sementara waktu," menurut kementerian itu menerusi kenyataan.
Sebagai langkah berjaga-jaga,rakyat Malaysia yang berada di wilayah tersebut disarankan untuk mendaftarkan keberadaan mereka dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.
Untuk sebarang kecemasan,mereka boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla menerusi butiran berikut:
KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI SONGKHLA
📍 Alamat: No. 4,Sukhum Road,Muang District,Songkhla Province,Thailand
📞 Nombor telefon: +6674 311 062 / +6674 316 274
📞 Talian kecemasan: +6693 657 0707
✉️ E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Sebarang perkembangan terkini mengenai situasi di wilayah berkenaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur