2025-03-10 HaiPress

FOTO Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Lipis
LIPIS,9 Mac- Susulan hujan lebat berterusan sejak semalam,dua perkampungan Orang Asli di Pos Sinderut,Mukim Ulu Jelai,Lipis,Pahang; dilanda banjir kilat.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Lipis dalam kenyataan memaklumkan,hujan yang bermula kira-kira 9 malam itu,menyebabkan Kampung Orang Asli Tual dan Tidul terjejas.
Bagaimanapun menurut kenyataan itu,tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan,setakat ini.
Pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) kini sedang mengenal pasti rumah yang terjejas,manakala Jabatan Kerja Raya (JKR) giat menjalankan kerja-kerja pembersihan laluan yang dipenuhi pasir dan kayu.
Dalam pada itu,Menteri Besar Pahang,Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama Ahli Parlimen Cameron Highlands,Datuk Dr Ramli Mohd Nor,telah turun ke Pos Senderut bagi menyampaikan bantuan kepada penduduk terjejas.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya,beliau juga menzahirkan rasa syukur kerana kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa.
Datuk Seri Wan Rosdy menasihati penduduk di Pos Senderut supaya sentiasa waspada dengan keadaan cuaca yang tidak menentu yang boleh mengakibatkan kejadian bencana yang tidak diingini.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur