2025-03-10 IDOPRESS

Bursa Malaysia mengingatkan orang ramai agar berwaspada terhadap penipuan yang melibatkan penyamaran menggunakan nama dan logo Bursa Gold Dinar / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,9 Mac – Bursa Malaysia mengingatkan orang ramai agar berwaspada terhadap penipuan yang melibatkan penyamaran menggunakan nama dan logo Bursa Gold Dinar.
Pelabur dinasihatkan untuk melindungi diri dengan mendapatkan kesahihan pelaburan serta merujuk laman web rasmi Bursa Malaysia atau Bursa Gold Dinar bagi memastikan ketulenan maklumat.
Sebagai langkah tambahan,pengesahan juga boleh dibuat melalui Portal Semak Sebelum Labur yang disediakan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Sekiranya berdepan dengan sebarang aktiviti penipuan,orang ramai disarankan untuk menghubungi BURSA Assist melalui e-mel dan talian yang tertera,serta menyertakan tangkapan skrin dan pautan sumber mencurigakan.
Untuk bantuan lanjut,hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur