2025-03-11 IDOPRESS

Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,11 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,menekankan kepentingan memperkukuh dasar Islam khususnya dalam pendidikan serta beberapa ikhtiar kerajaan dalam membina kekuatan dalaman umat Islam.
Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri pada pertemuan ketika meraikan kunjungan rombongan pondok dan madrasah dari Kelantan di Pejabat Perdana Menteri,hari ini.
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri,Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan Perdana Menteri juga bertukar pandangan dalam pelbagai mauduk perbincangan berkisar perkembangan isu Islam dan pembangunan ummah.
"Perdana Menteri hargai pandangan para tuan guru yang menyampaikan nasihat khususnya dalam soal pendidikan turath serta idea memperkasa peranan institusi pondok di Malaysia,selain titipan nasihat tuan guru terkait usaha memperteguh semangat memupuk kefahaman,kasih sayang,memadamkan kebencian dan sabar dalam gesaan agar penjelasan yang bersungguh-sungguh mengenai ikhtiar Kerajaan MADANI kepada rakyat mengenai Islam.
"Mereka setuju bahawa banyak perkara boleh disepakati,khususnya dalam isu Islam berbanding membesarkan perbedaan dan Perdana Menteri juga ketengahkan mengenai perkembangan komunikasi dan kerjasama baik dan erat dengan Menteri Besar Kelantan",katanya dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO),yang disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan PMO Malaysia hari ini.
Anwar juga berharap pertemuan seumpama ini dapat diteruskan dan berpandangan nasihat para tuan guru yang dizahirkan menerusi pertemuan tersebut disampaikan atas kepentingan maslahat umat dan negara.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur