2025-03-11 IDOPRESS

FOTO REUTERS
KUALA LUMPUR,10 Mac- Petronas,melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM),mengumumkan penghantaran pertama minyak dari projek luar pesisir Gumusut-Kakap/Geronggong-Jagus East (GKGJE) Fasa 4,yang dicapai pada 4 Februari,2025.
Peristiwa itu menandakan satu lagi pencapaian penting dalam kerjasama rentas sempadan antara Malaysia dan Brunei,mengukuhkan kerjasama serantau untuk pengeluaran minyak laut dalam,katanya.
Projek GKGJE Fasa 4 terdiri daripada tiga telaga pengeluar minyak dan satu telaga penyuntik air,yang ditempatkan secara strategik dengan dua telaga terletak di Malaysia dan dua lagi di Brunei.
"Ia direka untuk memaksimumkan pemulihan sumber dan meningkatkan kecekapan pengeluaran,projek ini disambungkan kepada Sistem Pengeluaran Terapung (FPS) Gumusut-Kakap,sekali gus mengukuhkan lagi peranannya sebagai hab pengeluaran laut dalam utama di Malaysia," kata Petronas dalam satu kenyataan hari ini.
Naib Presiden Kanan MPM Datuk Bacho Pilong berkata minyak pertama dari GKGJE Fasa 4 adalah bukti daripada kekuatan kerjasama kedua-dua negara.
"Pencapaian ini menggariskan kerjasama kukuh antara Petronas,kontraktor yang mengurus petroleum kami,pemain industri peralatan,perkhidmatan minyak dan gas (OGSE),dan rakan sejawat kami di Brunei dalam memajukan keupayaan di laut dalam sambil memastikan pembangunan sumber yang bertanggungjawab dan cekap," katanya.
Menurut kenyataan itu,projek berkenaan menunjukkan komitmen Petronas dalam meneroka potensi laut dalam melalui inovasi,perkongsian strategik,dan pembangunan mampan. Kejayaan itu didorong oleh kerjasama rentas sempadan yang kukuh,memastikan pematuhan yang penuh terhadap peraturan Malaysia dan Brunei.
"Diketuai oleh Jawatankuasa Pengurusan Penyatuan,usaha sama antara MPM dan Sekretariat Penyatuan Nasional Brunei itu menyaksikan kerjasama yang menyelaraskan dasar,mengoptimumkan logistik dan meningkatkan kecekapan operasi,menetapkan piawaian baharu untuk aktiviti-aktiviti petroleum rentas sempadan.- BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur