2025-03-13 IDOPRESS

FOTO RTM
BATU MAUNG,13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau Pinang yang mengalami masalah penglihatan bakal menerima cermin mata percuma melalui Skim Zakat Wakalah.
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang,Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata,sumbangan itu adalah hasil zakat perniagaan daripada syarikat insurans,Etiqa General Takaful,dengan kerjasama Yayasan Sahabat Bina Negara.
"Program ini memanfaatkan skim Zakat Wakalah,di mana pembayar zakat,sama ada syarikat atau individu boleh menyokong pembangunan ekonomi ummah dengan memastikan pengagihan zakat dilakukan secara lebih tersusun dan berkesan," jelas beliau.
Menurut Datuk Dr Mohamad,hanya pelajar daripada golongan asnaf fakir,miskin,dan Fisabilillah layak menerima bantuan tersebut.
"Sekolah perlu mengenal pasti pelajar dalam kategori asnaf,khususnya fakir dan miskin. Walaupun pelajar itu tergolong dalam Fisabilillah,kita fokuskan agihan ini kepada mereka yang benar-benar memerlukan," tambahnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Bantuan Cermin Mata Murid Sekolah Daerah Barat Daya di Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut.
Setiap pelajar yang layak di lima daerah seluruh Pulau Pinang akan menerima cermin mata percuma selepas menjalani pemeriksaan penglihatan oleh pakar mata yang disediakan.
Program berkenaan diharap mampu membantu pelajar melihat dengan lebih jelas,sekali gus meningkatkan prestasi akademik mereka.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur