2025-03-15 IDOPRESS

Foto hiasan
SEREMBAN,15 Mac- Golongan muda disaran untuk menyertai lebih banyak program berunsur kesukarelawanan yang dapat menyumbang kepada komuniti.
Pengarah Program Biocare: Cahaya Ramadan Connecting Hearts and the People,Muhammad Akmal Fitri Rozaidin berkata,ia dapat mengasah kemahiran komunikasi disamping memupuk semangat prihatin dalam kalangan belia.
"Apa yang kita lihat sekarang belia asalnya kurang aktif dalam bidang kesukarelawan kebajikan.
"Jadi pendapat saya bermula tahun depan umur belia turun kepada 30,saya seru belia di luar sana untuk menceburi bidang sukarelawan dan organisasi dan meningkatkan kualiti diri," katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Biocare: Cahaya Ramadan Connecting Hearts and the People di sini.
Sementara itu Penasihat Program Biocare: Cahaya Ramadan Connecting Hearts and the People Dr Sarah Shazwani berpendapat aktiviti kesukarelawanan dapat membantu belia
"Alhamdulilah saya fikir anak muda sekarang lebih banyak melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan dan golongan itu menonjolkan minat ke arah itu.
"Mereka ada idea,tenaga dan kreatif. Jadi saya memang nampak mereka ini berkembang untuk melakukan aktiviti sukarelawan dan mereka boleh pergi jauh," katanya.
Sebanyak 53 keluarga dengan 98 isi rumah daripada golongan asnaf disantuni dengan pemberian sumbangan barangan makanan asas.
Penganjuran kali kedua itu diharap dapat diteruskan pada masa akan datang.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur