2025-03-18 HaiPress

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,18 Mac- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam untuk menghayati peristiwa Nuzul al-Quran sebagai titik tolak dalam membina kehidupan berteraskan ilmu dan ketakwaan.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau,Anwar mengingatkan bahawa wahyu pertama,Iqra’ yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira’ bukan sekadar seruan membaca tetapi panggilan untuk membangunkan peradaban berasaskan ilmu,keadilan dan ihsan.
Beliau turut menekankan kepentingan tadabbur al-Quran dengan mata hati serta merebut peluang keampunan Allah SWT pada pertengahan Ramadan ini.
"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berpesan pada diri dan seluruh umat Islam dengan pesanan taqwa,teruskan tadabbur al-Quran dengan mata hati,dan kejarlah keampunan Allah SWT pada pertengahan Ramadan ini.
"Semoga kita dipilih oleh Allah SWT untuk bertemu dengan lailatulqadar,malam seribu bulan," katanya.
Seiring dengan firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah,ayat 185 yang menegaskan al-Quran diturunkan sebagai petunjuk bagi sekalian manusia,Perdana Menteri juga mengingatkan hanya mereka yang menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan akan merasai kemanisan taqwa.
"Salam Nuzul Quran saya ucapkan kepada semua rakyat Malaysia walau di mana pun kalian berada," katanya lagi.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur