2025-03-18 HaiPress

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF),Ahmad Yani Abd Manaf
KUALA LUMPUR,18 Mac – Kempen World #QuranHour 2025 terus mendapat sambutan luar biasa dengan penyertaan lebih daripada 73 negara serta melibatkan 313 lokasi di seluruh dunia.
Memasuki usia sedekad,program berkenaan mengangkat tema #SavingTheUmmah,selaras dengan usaha memperkenalkan mesej Al-Quran kepada masyarakat global.
Menurut Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF),Ahmad Yani Abd Manaf,Surah As-Saff dipilih sebagai surah utama dalam program ini bagi mengajak umat Islam bersatu dalam perjuangan agama serta membentuk barisan yang kukuh dan teguh.
“Surah ini sangat tepat untuk kita angkat kerana hari ini kita melihat pelbagai isu dalam kalangan umat Islam. Kita sering lebih cenderung melihat perbezaan berbanding persamaan,sedangkan persamaan kita sangat besar dan banyak.
“Sebab itu,kita menyeru agar umat Islam menjadi barisan yang kuat dan kukuh,mengangkat kembali agama Allah serta menjadi agen perubahan dalam masyarakat kerana kita ini disebut dalam Al-Quran sebagai sebaik-baik umat,” katanya ketika ditemui selepas sesi temu bual dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media hari ini.
Program #QuranHour dijadual berlangsung di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),Gombak pada 25 Mac ini.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur