2025-04-03 HaiPress

Foto fail
KUALA LUMPUR,2 April - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM34.12 bilion berbanding RM31.74 bilion dicatatkan pada sebelah pagi,manakala dalam dana Islam,ia turun kepada RM22.18 bilion daripada RM25.80 bilion sebelum ini.
Terdahulu,BNM menjalankan tiga tender repo berbalik dan dua tender repo berbalik Islam.
Ia juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli balik serta komoditi Murabahah dengan tenor satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,ia menjalankan tender pasaran wang konvensional berjumlah RM34.10 bilion dan tender pasaran wang Murabahah sebanyak RM22.20 bilion,kedua-duanya untuk kematangan satu hari.
Kadar semalaman Islam Malaysia (MYOR-I) berada pada 3.00 peratus pada 27 Mac. - BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur