2025-04-03 IDOPRESS

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,27 Mac– Agrobank mencatatkan rekod tertinggi dalam penyaluran pembiayaan sebanyak RM10.44 bilion pada tahun 2024,sekali gus mencerminkan prestasi luar biasa merentasi semua sektor.
Ketua Pegawai Eksekutifnya,Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata,pencapaian tersebut menunjukkan pertumbuhan ketara sebanyak 25.46 peratus berbanding 15.97 peratus pada tahun sebelumnya.
“Untuk 2024,perniagaan kami melangkaui kebiasaan. Kami menepati mandat kerajaan dalam meningkatkan penghasilan,serta melaksanakan intervensi kewangan bagi menyalurkan pembiayaan kepada sektor berisiko tinggi yang sukar mendapat akses di bank-bank komersial lain,” katanya.
Peningkatan itu turut dipacu oleh prestasi cemerlang tiga segmen perniagaan utama,termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang mencatat pembiayaan berjumlah RM547.68 juta.
Selain itu,pendapatan keseluruhan Agrobank juga berada pada trajektori positif,mencapai RM1.26 bilion,dengan pertumbuhan 9.32 peratus berbanding tahun sebelumnya,pencapaian tertinggi dalam tempoh tiga tahun.
Beliau berkata demikian dalam sidang media prestasi Agrobank 2024 di ibu negara.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur