2025-04-03 IDOPRESS
FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,28 Mac- Ringgit terus meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka pada Jumaat,susulan peralihan dasar ekonomi AS yang cepat di bawah pentadbiran Donald Trump mewujudkan ketidaktentuan dalam komuniti perniagaan,yang berpotensi melemahkan permintaan.
Pada 8 pagi,ringgit meningkat kepada 4.4200/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4300/4340 ketika ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.2 peratus kepada 104.335 mata walaupun keadaan ekonomi di AS memberangsangkan.
“Ketidaktentuan dasar yang meningkat telah mengurangkan kebolehlihatan pihak berkuasa monetari AS untuk bertindak balas,” katanya kepada Bernama.
Belia berkata tindakan mengekalkan pendirian dasar monetari yang sederhana ketat masih merupakan langkah paling selamat untuk membendung risiko inflasi.
Mohd Afzanizam berkata pengumuman Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengenai mekanisme untuk rasionalisasi subsidi bahan api RON95 menggunakan MyKad pada separuh kedua tahun ini memberi petanda baik kepada ringgit.
“Ini sewajarnya positif untuk ringgit dalam jangka masa sederhana dan panjang kerana menunjukkan komitmen kerajaan terhadap pembaharuan fiskal.
“Ringgit dijangka berlegar sekitar RM4.42 hingga RM4.43 hari ini,dengan indikator teknikal menunjukkan zon neutral bagi pasangan dolarAS-ringgit,” katanya.
Dalam awal dagangan,ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9297/9433 daripada 2.9351/9380 ketika ditutup semalam namun,rendah berbanding euro kepada 4.7727/7943 daripada 4.7720/7763.
Ringgit turun berbanding pound Britain kepada 5.7239/7498 daripada 5.7236/7287.
Ringgit juga diniagakan dengan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.
Mata wang domestik lebih stabil berbanding baht Thailand kepada 13.0615/1318 daripada 13.0678/0854 ketika ditutup pada Khamis,dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2997/3152 daripada 3.3060/3094.
Bagaimanapun,ringgit turun berbanding peso Filipina kepada 7.72/7.73 daripada 7.67/7.68 dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 266.8/268.1 daripada 267.4/267.8.- BERNAMA
Classic Never Fades. iCAUR Unveils New Brand Vision
Innovation·Defining the Future: JETOUR JMA Global Media Alliance Tech Tour Kicks Off
T-INNOWARE Makes Debut at IndoSec 2025: "AI + Innovation" Leads the Intelligent Wave of Cybersecurity in Southeast Asia
Chery Brand Night Grandly Opens - Co-Creating the “New Move” with Global Users
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur