2025-04-08 HaiPress

Panglima Tentera Darat,Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan/Foto BERNAMA
PASIR MAS,7 April – Seramai 41 pegawai dan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) ditamatkan perkhidmatan dalam tempoh lima tahun sejak 2019 selepas didapati terlibat dalam kes buli dan penderaan terhadap anggota bawahan.
Panglima Tentera Darat,Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan,berkata tindakan tegas itu melibatkan pelbagai peringkat pangkat termasuk pegawai berpangkat Mejar.
Menurut beliau,sebagai bukti komitmen pasukan untuk tidak bertolak ansur terhadap salah laku dalam kalangan warga TDM.
“Kita tidak ada kompromi langsung,sama ada melibatkan pegawai atau anggota bawahan. Bagi kami,perbuatan buli dan penderaan ini adalah satu bentuk pengkhianatan kepada pasukan kerana kita anggap setiap anggota sebagai saudara kita sendiri,” tegas beliau.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama warga Op Merpati 8 Briged di Pos Tok’O,Rantau Panjang,hari ini.
Mengulas lanjut,Muhammad Hafizuddeain berkata pihak TDM sentiasa memberi peringatan secara berkala kepada semua pegawai dan anggota agar tidak mengulangi kesalahan yang boleh mencemarkan imej dan integriti pasukan.
Terdahulu,TDM mengesahkan wujud unsur “manhandling” (kekerasan) dalam kematian anggota Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Sri Miri di Sarawak,Prebet Muhammad Muqriz Aseri.
Susulan itu,dua anggota prebet berusia 22 dan 24 tahun dari kem sama ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh.
“Kami tetap akan melaksanakan lembaga siasatan dalaman untuk meneliti semula perintah tetap dan prosedur pasukan,” katanya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur