2025-04-08 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,8 April- Keadaan banjir di Johor dan Sabah tidak jauh berubah dengan jumlah penduduk terjejas di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan sedikit kepada 472 orang berbanding 481 orang,petang semalam.
Di Johor,jumlah penduduk terjejas di Batu Pahat menurun kepada 326 orang daripada 109 keluarga setakat pukul 9.00 pagi ini,berbanding 334 orang daripada 110 keluarga direkodkan semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN),Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata kesemua penduduk terjejas ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading,Batu Pahat.
Mereka merupakan penduduk Kampung Baharu,Kampung Parit Bengkok,Kampung Parit Kaspan,Kampung Parit Samion,Kampung Parit Haji Salleh Ros,Kampung Parit Sri Muar,Kampung Sri Pandan dan Kampung Parit Samijan.
Rohani berkata stesen Sungai Senggarang di Senggarang,Batu Pahat dilaporkan melepasi paras amaran dengan bacaan 3.26 meter.
“Selain itu,Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir di Pontian,Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Di Sabah,Sekretariat JPBN dalam kenyataan memaklumkan setakat 8.00 pagi ini,jumlah penduduk terjejas banjir di Kinabatangan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Garam kekal 146 orang daripada 31 keluarga daripada empat kampung di daerah itu.- BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur