2025-04-08 HaiPress

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan,Muhammad Kamil Abdul Munim (duduk,kanan) menyampaikan sumbangan kepada Mariah Mat Rani,80,(duduk,kiri) semasa menghadiri Program Ziarah Kasih MADANI Ayer Kuning/BERNAMA
TAPAH,8 April- Program Ziarah Kasih MADANI bukan sekadar tertumpu kepada penyampaian bantuan atau pelaksanaan aktiviti berbentuk kebajikan semata-mata.
Sebaliknya,menurut Setiausaha Politik Menteri Kewangan,Muhammad Kamil Abdul Munim,adalah untuk menyelami sendiri realiti kehidupan rakyat serta memahami cabaran dan permasalahan yang mereka hadapi secara lebih dekat.
"Ini juga sebahagian daripada tinjauan kita untuk memastikan bahawa program seumpamanya pembasmian kemiskinan tegar itu betul-betul berlangsung.
Ini kerana kita dapat maklum balas atau pun respon secara langsung daripada penduduk dan masyarakat khususnya di kawasan desa," kata Muhammad Kamil kepada pemberita,hari ini.
Beliau ditemui ketika menyantuni penduduk sekitar DUN Ayer Kuning,Muhammad Kamil turut menyangkal dakwaan bahawa Program Ziarah Kasih MADANI merupakan acara berunsur politik.
Jelasnya,bantuan disalurkan tanpa mengira latar belakang atau ideologi politik penerima.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur