2025-04-08 IDOPRESS

Foto Fail
KUALA LUMPUR,8 April- Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur kekal enggan mengambil risiko berikutan kebimbangan berkaitan kadar tarif timbal balas Washington yang dijangka berkuat kuasa pada 9 April.
Perkembangan itu mendorong peniaga dan pelabur untuk mengambil pendirian yang lebih berhati-hati di pasaran.
Susulan itu,pada pukul 8.05 pagi ini,ringgit susut kepada 4.4900/5100 berbanding dolar AS daripada 4.4775/4840.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) secara beransur-ansur meningkat kepada 103.26 mata berikutan permintaan terhadap dolar yang dilihat sebagai aset selamat,terus meningkat.
“Ringgit turun 1.04 peratus berbanding Dolar AS semalam untuk ditutup pada RM4.4835," katanya kepada Bernama.
Dari sudut teknikal,katanya,ringgit menuju ke arah kedudukan lebihan jualan dengan paras sokongan dan rintangan masing-masing pada RM4.4463 dan RM4.5293.
“Ringgit juga berkemungkinan terus berada dalam zon kurang memberangsangkan dalam masa terdekat ini susulan kebimbangan terhadap tarif timbal balas AS dan sama ada negara-negara terbabit dapat mencapai persetujuan lebih baik dengan Washington.
“Ketidaktentuan sedemikian akan menjadikan peniaga dan pelabur berhati-hati," katanya.
Dalam pada itu,ringgit diniagakan mengukuh berbanding mata wang utama,termasuk meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0385/0522 daripada 3.0655/0704.
Unit tempatan itu juga meningkat berbanding euro kepada 4.9044/9263 daripada 4.9100/9172 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7207/7462 daripada 5.7491/7575 semalam.
Bagaimanapun,ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang ASEAN.
Ia susut berbanding baht Thailand kepada 12.9350/13.0080 daripada 12.9128/9408,turun berbanding rupiah Indonesia pada 266.9/268.1 daripada 266.1/266.6 semalam dan rendah berbanding peso Filipina pada 7.81/7.85 daripada 7.79/7.81.
Ringgit bagaimanapun mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3210/3360 daripada 3.3228/3281 sebelum ini.- BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur