2025-04-10 IDOPRESS

Timbalan Menteri Luar Negeri,Datuk Mohamad Alamin
PUTRAJAYA,10 April – Timbalan Menteri Luar Negeri,Datuk Mohamad Alamin kini dalam rangka lawatan kerja ke Republik Turkiye dan Republik Azerbaijan bermula 10 hingga 16 April ini bagi memperkukuh hubungan dua hala serta membincangkan isu serantau dan antarabangsa.
Menurut Wisma Putra,Datuk Mohamad berada di Antalya,Turkiye dari 10 hingga 13 April bagi menghadiri Forum Diplomasi Antalya (ADF) Ke-4 sebelum meneruskan lawatan ke Baku,Azerbaijan dari 14 hingga 16 April untuk mempengerusikan Sesi Rundingan Politik Malaysia-Azerbaijan Ke-2.
“Semasa di ADF,Mohamad dijemput sebagai ahli panel dalam sesi perbincangan bertajuk ‘Peranan ASEAN yang Berkembang di Peringkat Serantau dan Global’ bagi menekankan komitmen Malaysia dalam memperkukuh kepercayaan dan kesepaduan dalam kalangan Negara-Negara ASEAN,” menurut kenyataan itu hari ini.
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025,Malaysia turut komited memastikan sentraliti dan neutraliti ASEAN terus terpelihara dalam persekitaran global yang dinamik.
Selain menghadiri forum tersebut,beliau turut dijadualkan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dan pihak berkepentingan bagi membincangkan kerjasama dua hala serta bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa.
Sementara itu,pada 15 April di Baku,Mohamad Alamin akan mempengerusikan Sesi Rundingan Politik Kedua antara Malaysia dan Republik Azerbaijan bersama Timbalan Menteri Luar Negeri Azerbaijan,Elnur Mammadov.
“Perbincangan tersebut akan menilai keseluruhan hubungan dua hala antara Malaysia dan Azerbaijan dengan tumpuan kepada usaha memperkukuh kerjasama dalam bidang politik,ekonomi,konsular serta hubungan antara rakyat,” katanya.
Tambah kenyataan itu,kedua-dua pihak turut akan bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa serta mengesahkan komitmen untuk meneruskan kerjasama strategik antara Malaysia dan Azerbaijan pada masa depan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur