2025-04-11 HaiPress

Foto PETRONAS
HANOI,11 April – PETRONAS melalui Malaysia Petroleum Management (MPM) dan Kumpulan Minyak dan Gas Vietnam (PETROVIETNAM) memeterai Perjanjian Prinsip Utama (KPA) bagi melanjutkan Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) dan Perjanjian Jualan Gas Huluan (UGSA) untuk Kawasan Pengaturan Komersial PM3 (PM3 CAA) selama 20 tahun lagi.
PETRONAS menerusi kenyataan memaklumkan kerjasama itu melibatkan kawasan luar pesisir seluas lebih 2,000 km² yang merentasi sempadan maritim Malaysia-Vietnam dan dijangka berterusan sehingga 31 Disember 2047.
Majlis menandatangani berlangsung di Hanoi dengan penyertaan Naib Presiden Kanan MPM PETRONAS,Datuk Ir. Bacho Pilong dan Naib Presiden PETROVIETNAM,Le Manh Cuong serta disaksikan Duta Besar Malaysia ke Vietnam,TYT Dato’ Tan Yang Thai.
Naib Presiden Kanan MPM PETRONAS,Datuk Ir. Bacho Pilong berkata PM3 CAA yang dianggarkan mempunyai rizab 60 juta tong bersamaan minyak (MMBoe) memainkan peranan penting dalam menjamin keselamatan tenaga serantau.
“Perjanjian ini memperkukuh komitmen jangka panjang antara PETRONAS dan PETROVIETNAM dalam menjayakan operasi PM3 – dari penerokaan hingga pemonetaan sumber,” ujarnya.
KPA yang dimeterai itu menetapkan kesinambungan PSC dan UGSA sehingga 31 Disember 2047,melibatkan tujuh medan pengeluaran dan membuka potensi tambahan di kawasan PM3 CAA. Kemudahan PSC di kawasan itu juga akan berfungsi sebagai hab strategik bagi menyokong sambungan daripada penemuan baru di sekitarnya.
UGSA untuk pasaran domestik turut disusun semula bagi memastikan pembangunan medan gas masa hadapan kekal berdaya maju dari sudut ekonomi. Perjanjian baharu itu akan memastikan bekalan gas berterusan ke Malaysia melalui Kertih dan ke Vietnam melalui Ca Mau.
PM3 CAA juga dijangka melaksanakan pelan suntikan semula karbon dioksida (CO₂) daripada aktiviti pengeluaran petroleum,menjadikan kawasan tersebut sebagai hab berpotensi bagi penyerapan karbon (CO₂ sequestration),sekali gus menyokong aspirasi sifar bersih karbon kedua-dua negara menjelang 2050.
"PETRONAS menegaskan komitmennya untuk terus membekalkan minyak dan gas secara mampan demi keselamatan tenaga. MPM akan terus memainkan peranan penting dalam mengurus pengaturan petroleum serta menyelia aktiviti huluan negara," menurut kenyataan itu.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur