2025-04-11 IDOPRESS

Foto fail
TAPAH,10 April - Hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning Sabtu ini akan diadakan di Dewan Merdeka,di sini.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan hari ini berkata,bakal calon yang bertanding pada PRK itu perlu menyerahkan kertas penamaan calon dari 9 hingga 10 pagi kepada Pegawai Pengurus di pusat penamaan calon berkenaan.
Beliau menyarankan bakal calon mengisi borang dan membuat semakan awal dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak sebelum hari penamaan calon.
Bakal calon juga,katanya disaran membuat pembayaran deposit lebih awal,dengan resit pembayaran hendaklah dibawa pada hari penamaan calon sebagai bukti pembayaran.
"Bakal-bakal calon yang mewakili mana-mana parti politik hendaklah mengemukakan surat kebenaran penggunaan simbol parti yang diwakili apabila membuat penyerahan kertas penamaan calon," katanya.
Ikmalrudin berkata calon-calon yang telah membayar deposit bahan kempen pilihan raya adalah tertakluk kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5] dan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT).
Beliau berkata ia termasuk penggunaan alat muzik atau pembesar suara bagi tujuan diayah politik melalui kenderaan dan menunggu atau berada dalam jarak 50 meter dari sempadan yang ditetapkan pada hari penamaan calon,yang merupakan satu kesalahan di bawah Akta 5.
"SPR menyeru bakal calon dan parti politik yang terlibat agar sentiasa mematuhi undang-undang,peraturan,tataetika dan arahan yang dikeluarkan oleh SPR,PBT dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan proses penamaan calon berjalan lancar," katanya.
PRK Ayer Kuning diadakan susulan penyandangnya Ishsam Shahruddin,58,meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya,Pulau Pinang pada 25 Feb lepas.
SPR menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April,dengan hari penamaan calon pada 12 April dan pengundian awal pada 22 April.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur