2025-04-14 HaiPress

Foto Facebook APM Perak
IPOH,14 April - Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di buka semalam bagi menempatkan 102 penduduk daripada 31 keluarga yang menjadi mangsa ribut di Perak Tengah serta Larut Matang dan Selama (LMS).
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan dua PPS terlibat ialah Dewan Serbaguna Taman Kaya di Taiping dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Jejawi di Perak Tengah.
"PPS di Taiping yang dibuka pada 7 malam menempatkan 27 mangsa daripada 14 keluarga dari Kampung Pak Darus,Taman Damai dan Taman Kaya.
"Begitu juga PPS di SK Sungai Jejawi dibuka 11 malam tadi dengan 75 mangsa daripada 17 keluarga di Kampung Sungai Timah,Sungai Durian,Sungai Buaya,Seberang Perak dan Kampung Belia Sungai Pari ditempatkan di situ," menurut kenyataan itu.
Dalam kejadian petang semalam,hujan lebat berserta angin kencang yang melanda daerah Larut,Matang dan Selama pada 4.30 hingga 6.30 petang menyebabkan lebih 50 rumah mengalami kerosakan.
Sementara itu,Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan tiada amaran angin kencang dan laut bergelora namun amaran hujan berterusan dijangka berlaku di dua daerah iaitu LMS dan Kerian hari ini.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur