2025-04-14 IDOPRESS

Allahyarham Profesor Khurshid Ahmad
KUALA LUMPUR,14 April - Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah atas pemergian tokoh ekonomi,pemikir ulung dan aktivis Profesor Khurshid Ahmad yang telah kembali ke rahmatullah,semalam.
Beliau menyifatkan pemergian Prof Khurshid Ahmad sebagai satu kehilangan besar kepada dunia Islam.
"Beliau tidak sekadar ilmuwan,tetapi arkitek kepada pemikiran ekonomi Islam moden dan pengasas bersama The Islamic Foundation di UK.
Semoga Allah SWT menerima segala amal soleh beliau,mengampunkan segala dosanya,melapangkan kuburnya,dan menempatkan beliau bersama para syuhada dan solihin," kata Anwar menerusi hantaran di Facebook.
Perdana Menteri turut berharap supaya legasi ilmu yang ditinggalkan oleh Khurshid Ahmad akan terus menyinari generasi akan datang.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur