2025-04-14 IDOPRESS

Foto BERNAMA
KOTA BHARU,14 April – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) merekodkan lebih 4,000 kes penyakit glaukoma di seluruh negeri itu sepanjang tahun lalu.
Pengarah JKNK,Datuk Dr. Zaini Hussin berkata,daripada jumlah keseluruhan tersebut,sebanyak 3,767 kes dilaporkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu,manakala 302 kes dicatatkan di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai.
Menurutnya,ketika ini JKNK mempunyai dua orang pakar glaukoma yang berkhidmat di kedua-dua hospital berkenaan,dengan lebih 101 pembedahan glaukoma berjaya dilaksanakan sepanjang tahun lalu.
“Rakyat Kelantan khususnya perlu menjaga kesihatan mata kerana sekiranya penyakit ini tidak dirawat di peringkat awal dan tidak dirawat dengan sempurna,ia boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan kekal atau kebutaan.
"Sudah tentu perkara ini akan memberi kesan negatif kepada kualiti hidup seseorang,” katanya dalam sidang media sempena Sambutan Minggu Glaukoma Sedunia Peringkat Negeri Kelantan 2025 di sini.
Datuk Dr. Zaini turut memaklumkan bahawa pelbagai inisiatif sedang dijalankan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang risiko penyakit glaukoma,termasuk membuka kaunter saringan di pameran kesihatan.
Beliau turut menggalakkan penduduk di negeri ini untuk menjalani ujian saringan sekiranya mempunyai faktor risiko seperti usia lanjut,sejarah keluarga yang menghidap glaukoma,penyakit kencing manis atau tekanan darah tinggi,masalah rabun teruk,serta penggunaan ubat steroid secara berterusan.
“Pengesanan awal sangat penting supaya rawatan dapat dimulakan sebelum kerosakan saraf optik menjadi lebih serius,” tambahnya.
FELCRA terima dividen RM28.1 juta
Pesawah terjejas banjir digesa daftar segera Skim Takaful Tanaman Padi
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu prestasi pasaran serantau
Banjir di Perlis semakin surut, hanya 331 orang di 4 PPS
Kereta junam ke sungai, tukang masak maut
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur