2025-04-15 HaiPress

Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (AmCham),Datuk Siobhan Das/Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,14 April – Malaysia perlu mengetengahkan naratif kukuh mengenai isu tarif dan kelebihan strategiknya dalam rundingan bersama Amerika Syarikat (AS) hujung bulan ini,kata Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (AmCham),Datuk Siobhan Das.
Menurut beliau,kekuatan ekosistem perniagaan negara serta peluang pelaburan yang ditawarkan perlu diketengahkan sebagai nilai tambah kepada syarikat multinasional (MNC) untuk terus beroperasi di Malaysia.
“Malaysia berada dalam kedudukan yang sangat baik. Ekosistem perniagaannya kukuh dan ini menjadi rasional kuat kepada MNC untuk kekal di sini.
“Malah,pembangunan MNC di Malaysia juga bergantung kepada sokongan ekosistem perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan. Ia tidak boleh dipisahkan,” katanya selepas Sidang Meja Bulat anjuran Bursa Malaysia,ECKL dan CIMB hari ini.
Menurut Siobhan,AmCham juga aktif berinteraksi dengan kerajaan AS dan Malaysia dalam memberikan pandangan berhubung isu tarif.
Delegasi Malaysia dijadual berkunjung ke Washington,AS,hujung bulan ini bagi memulakan dialog secara rasmi berhubung isu tarif balas yang dikenakan ke atas produk dari Malaysia.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur