2025-04-15 IDOPRESS

Bekas Perdana Menteri Malaysia kelima,Tun Abdullah Ahmad Badawi menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.10 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN)/Foto fail BERNAMA
KUALA LUMPUR,14 April – Bekas Perdana Menteri Malaysia kelima,Tun Abdullah Ahmad Badawi,meninggal dunia pada usia 85 tahun.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.10 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN),Kuala Lumpur.
Berita duka itu dikongsikan menantunya,Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di Instagram sebentar tadi.
“Tun Abdullah Ahmad Badawi,Perdana Menteri Malaysia ke-5,telah kembali ke rahmatullah pada pukul 7.10 malam di Institut Jantung Negara (IJN),Kuala Lumpur,” tulis Khairy.
Dalam hantaran sama,beliau turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya.
Jenazah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi akan dibawa ke Masjid Negara esok bagi penghormatan terakhir bermula pada pukul 11 pagi hingga 1 tengah hari.
Solat jenazah dijangka dilaksanakan selepas waktu Zohor sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan,bersebelahan Masjid Negara.
Allahyarham yang lebih dikenali sebagai ‘Pak Lah’ dilahirkan pada 26 November 1939 di Bayan Lepas,Pulau Pinang.
Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kelima pada 31 Oktober 2003 dan menerajui negara sehingga 3 April 2009.
Semasa pentadbirannya,beliau memperkenalkan konsep Islam Hadhari dan Pelan Integriti Nasional,yang memupuk budaya etika dan integriti dalam masyarakat Malaysia.
Beliau juga dikenali sebagai "Bapa Pembangunan Modal Insan" atas usahanya dalam memperkasa pembangunan sumber manusia negara.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur