2025-04-15 IDOPRESS

Perdana Menteri ke-5,Tun Abdullah Ahmad Badawi/Foto Fail
KEPALA BATAS,15 April- Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan seorang insan yang bersederhana dalam urusan harian dan kawasan Kepala Batas sebati dengan jasa dan kenangan arwah.
Reaksi itu dinyatakan bekas Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang,Tun Abdul Rahman Abbas.
Menurut beliau,jasa,kenangan dan keperibadian arwah adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan kerana Tun Badawi merupakan seorang insan yang amat istimewa di Kepala Batas.
"Kenangan-kenangan saya tentang Pak Lah (Tun Abdullah) memang takkan dapat dilupakan kami anggap sebagai kawan sebagai pemimpin sebagai rakan yang terlalu akrab dengan sifat-sifat Pak Lah yang penyayang,penyabar.
Idea-ideanya,dengan pengalaman-pengalaman yang banyak itu ditumpahkan kepada kami semua terutama sekali di Kepala Batas," kata Tun Abdul Rahman.
Beliau menyatakan demikian kepada RTM selepas mengetahui berita sedih arwah meninggal dunia di media sosial.
Allahyarham yang juga Bapa Pembangunan Modal Insan meninggal dunia pukul 7.10 malam pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) dan akan dikebumikan di Makam Pahlawan,Masjid Negara,hari ini.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur