2025-04-18 HaiPress

Ketua Pesuruhjaya SPRM,Tan Sri Azam Baki/Foto Fail
KUALA LUMPUR,17 April- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementerian Ekonomi bersepakat menubuhkan satu pasukan khas bagi memantau projek yang diluluskan Kementerian Ekonomi di peringkat negeri dan daerah.
SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan Ketua Pesuruhjaya SPRM,Tan Sri Azam Baki mengalu-alukan keseriusan dan keterbukaan Menteri Ekonomi,Datuk Seri Rafizi Ramli dalam memastikan ketelusan dalam mengekang ketirisan projek-projek diluluskan Kementerian Ekonomi demi kepentingan rakyat.
"Keterbukaan dan kesungguhan yang ditunjukkan menteri amat penting dan wajar dijadikan contoh untuk kementerian-kementerian dan agensi-agensi lain," menurut kenyataan itu.
Terma-terma pasukan khas adalah seperti pertukaran maklumat antara kementerian dan suruhanjaya itu berhubung jumlah peruntukan diluluskan kepada negeri dan daerah.
Selain itu,pelaksanaan pemeriksaan mengejut dan siasatan kes rasuah,salah guna kuasa dan penyelewengan dalam pelaksanaan projek-projek diluluskan.
Ia turut mengenal pasti kelemahan yang wujud dalam Tatacara Pelaksanaan (SOP) dan menambah baik SOP ke arah pengurusan tadbir urus dalam penentuan serta penyaluran bajet,pemantauan dan perlaksanaan projek dengan lebih berkesan.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur