2025-04-18 IDOPRESS

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
PUTRAJAYA,17 April- Lebih 31,000 bakal jemaah haji Malaysia telah mejalani saringan kesihatan dan kini didaftarkan dalam Sistem Ringkasan Pesakit Antarabangsa (IPS) menerusi aplikasi MySejahtera.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata inisiatif sistem berkenaan merupakan sebahagian daripada trnasformasi digital lebih luas.
Ia sekali gus memudahkan pengamal penjagaan kesihatan di tanah suci mengakses maklumat perubatan bakal jemaah haji seperti sejarah kesihatan dan rekod perubatan hanya dengan mengimbas kod QR.
"Untuk musim haji pada tahun ini proses pendigitalan dilaksanakan sepenuhnya. Maklumat kesihatan jemaah haji Malaysia disimpan dengan selamat dalam IPS dan boleh diakses dari jauh menggunakan kod QR,seperti yang dilaporkan menerusi aplikasi MySejahtera," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Kesihatan (KKM) dan Delegasi Pasukan Petugas Perubatan ke Tanah Suci Bagi Musim 1446 hijrah di sini.
Seramai 268 asukan petugas perubatan dari KKM akan ke Arab Saudi sebagai petugas haji untuk menyokong keperluan kesihatan jemaah.
Dalam pada itu Dzulkefly turut memaklumkan pasukan perubatan Arab Saudi menerima baik penggunaan sistem IPS dalam kalangan jemaah Malaysia.
"Penggunaan sistem ini juga dapat mengurangkan jumlah petugas selain ia juga akan memberi keberkesanan dalam mengurus maklumat jemaah haji Malaysia secara digital.
"Ini juga mengizinkan kita untuk mengoptimumkan penghantaran jumlah kakitangan perubatan ataupun pasukan kita," katanya lagi.
Semua jemaah haji dinasihatkan untuk meminum air secukupnya bagi memastikan tubuh badan kekal hidrat berikutan suhu di tanah suci dijangka mencecah 53 darjah Celsius pada musim haji.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur