2025-04-21 HaiPress

FOTO RTM
KEPALA BATAS,20 April- Sebuah galeri bagi memperingati jasa dan legasi Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi akan dibangunkan di Kepala Batas,Pulau Pinang.
Cadangan pembangunan Galeri Tun Abdullah itu dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam,Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sebagai penghargaan terhadap sumbangan besar Allahyarham kepada negara.
"Sebidang tanah dicadangkan bagi pembinaan Galeri Pak Lah (Tun Abdullah) dan kita berharap kerajaan negeri dapat menyediakan tapak bersesuaian. Saya juga akan mengutus surat memohon peruntukan demi merealisasikan galeri ini demi seluruh watan Kepala Batas" katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri anjurannya bersama penduduk Kepala Batas di sini hari ini.
Majlis berkenaan turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang,Tun Abdul Rahman Abbas serta Ketua Menteri,Chow Kon Yeow dan disertai ribuan pengunjung.
Allahyarham Tun Abdullah,85,yang juga Perdana Menteri kelima menghembuskan nafas terakhir pada 14 April lalu di Institut Jantung Negara (IJN),Kuala Lumpur.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur