2025-04-22 IDOPRESS

Foto fail
KUALA LUMPUR,21 April - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan langkah Bank Negara Malaysia (BNM),menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan berjumlah RM26.96 bilion,manakala dalam dana Islam sebanyak RM19.87 bilion.
BNM dijadualkan menjalankan tiga tender repo berbalik hari ini yang bernilai RM2.4 bilion bagi tempoh tujuh hari,RM1.5 bilion bagi 31 hari dan RM100 juta untuk 91 hari.
Bank pusat itu turut menawarkan kemudahan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula,serta Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Petang ini,BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional hingga RM31.9 bilion serta RM19.9 bilion dalam tender semalaman murabahah.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur