2025-04-23 HaiPress

Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg (TENGAH) merasmikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Ahli Parlimen Wanita (WAIPA) 2025,anjuran bersama Parlimen Malaysia dan Dewan Undangan Negeri Sarawak,di Damai Lagoon,Kuching
KUCHING,22 April- Kerajaan Sarawak bersama negara-negara anggota ASEAN sebulat suara bersetuju bahawa wanita wajar diberikan ruang dan peluang yang saksama dalam bidang pendidikan,sosial dan ekonomi.
Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata,kesepakatan tersebut merupakan asas penting dalam menjadikan agenda pemerkasaan wanita sebagai teras utama pembangunan negeri dan negara.
“Pada masa ini,hanya 13.5 peratus Ahli Parlimen di Malaysia adalah wanita,manakala di Sarawak,penyertaan wanita sebagai wakil rakyat,termasuk ADUN,berada pada kadar 16.1 peratus,” jelas beliau.
Menurut beliau,angka tersebut mencerminkan bahawa usaha memperkukuh penyertaan wanita dalam bidang politik dan pembuatan dasar masih jauh dari memadai,justeru memerlukan langkah lebih agresif dan inklusif ke arah keseimbangan jantina.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Ahli Parlimen Wanita (WAIPA) 2025,Kuching,hari ini.
Dalam ucapannya,Abang Johari turut mengiktiraf pencapaian wanita Sarawak yang kini memainkan peranan penting dalam pelbagai sektor seperti pendidikan,ekonomi,hak asasi manusia dan perancangan dasar.
“Wanita Sarawak telah membuktikan ketabahan,kebijaksanaan dan keberanian dalam mendepani cabaran dan kita akan terus menyokong mereka menerajui perubahan,” katanya lagi.
Sarawak,jelas beliau,komited untuk terus menjadi peneraju dalam memacu agenda pemerkasaan wanita di peringkat serantau,selaras dengan arus perubahan global ke arah masyarakat yang lebih adil,seimbang dan progresif.
Mesyuarat empat hari itu menghimpunkan penyertaan dari 10 negara Asia termasuk Brunei Darussalam,Kemboja,Indonesia,Filipina,dan Timor Leste,selain negara tuan rumah Malaysia.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur