2025-04-23 IDOPRESS

Datuk Seri Aminuddin Harun
SEREMBAN,22 April- Program peningkatan sosial ekonomi yang dilakukan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Negeri Sembilan merupakan mampu meningkatkan taraf ekonomi warga veteran.
Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Seri Aminuddin Harun berkata,kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan penuh terhadap usaha tersebut selain membantu meringankan beban ahli veteran menerusi bantuan yang disalurkan kerajaan negeri.
"Saya percaya komitmen dan sokongan para veteran ATM kepada kerajaan dan kepimpinan kekal terpelihara saya juga percaya PVATM Negeri Sembilan bawah kepimpinan Datuk Adnan yang sentiasa mengambil berat tentang ahli veteran ini dan sentiasa membantu veteran yang memghadapi musibah.
"Kerajaan negeri juga dengan sedaya upaya akan membantu meringakan beban veteran ATM yang ditimpa bencana mengikut kemampuan kerajaan negeri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Persidangan Perwakilan PVATMNS Kali ke-71 Tahun 2025,di sini.
Program tersebut termasuk program pembangunan sosial dengan kerjasama rakan kongsi serta rakan niaga dalam kalangan ahli veteran.
Pada majlis itu,Aminuddin turut menyampaikan Pingat Setia Sentiasa Berjuang (PSSB) kepada 10 orang ahli veteran serta Anugerah Wira Tidak DiDendang bagi mengenang jasa veteran yang terlibat dalam operasi menentang penganas komunis ketika berkhidmat dahulu.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur