2025-04-24 IDOPRESS

Foto Fail
KUALA LUMPUR,23 April- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Rabu dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM34.37 bilion dalam sistem konvensional dan RM17.51 bilion dalam sistem Islam.
Hari ini,BNM akan menawarkan tiga tender repo berbalik iaitu bernilai RM3.0 bilion untuk tujuh hari,RM1.5 bilion bagi 30 hari dan RM1.0 bilion untuk 91 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan komoditi bercagar murabahah dengan tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada pukul 4.00 petang,BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM39.9 bilion dan tender semalaman murabahah RM17.5 bilion.- BERNAMA
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur