2025-04-27 HaiPress

FOTO HIASAN / BERNAMA
KUALA TERENGGANU,27 April- Susulan wabak hawar berdarah atau Haemorrhagic Septicaemia (HS) yang dikesan di daerah Kuala Terengganu,Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu telah menggerakkan pasukan bagi melaksanakan proses vaksinasi.
Sehingga kini,sebanyak 224 ekor ternakan lembu dan kerbau telah selesai divaksin dalam usaha mengawal penularan wabak tersebut.
Menurut Pengarah JPV Terengganu,Dr Anun Man,vaksinasi melibatkan ternakan dalam lingkungan lima kilometer radius dari lokasi wabak yang mula dikesan pada 7 April lalu.
Beliau berkata,langkah kawalan melalui vaksinasi giat dijalankan memandangkan bimbang ia boleh menjejaskan bekalan lembu untuk ibadah korban sempena sambutan Aidiladha yang semakin hampir.
Langkah kawalan dan kuarantin juga telah dilaksanakan sejak 24 April,sejurus selepas pengesahan wabak.
Dalam tempoh dua hari,JPV berjaya memvaksin sekitar 25 peratus ternakan daripada keseluruhan ladang-ladang dalam kawasan berisiko tersebut.
"Setakat ini,Alhamdulillah,kes nampaknya terkawal dan terasing. Kali terakhir kematian dilaporkan pada 19 April lalu,bermakna sudah enam hari tiada kematian baharu. Kita berharap wabak ini dapat dikawal secepat mungkin,namun ia memerlukan kerjasama penuh daripada para penternak.
"Jika tidak,ia boleh menjejaskan proses kelulusan ternakan untuk ibadah korban nanti,sedangkan permintaan masuk ternakan ke Terengganu memang sangat tinggi," katanya.
Dr Anun berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau proses vaksinasi di Kampung Manir,Kuala Terengganu.
Mengulas lanjut,beliau memaklumkan antara cabaran utama dalam mengawal wabak adalah disebabkan kaedah penternakan secara lepas bebas yang masih diamalkan oleh sebahagian besar penternak kerbau di negeri ini.
Katanya,penternakan secara lepas bebas meningkatkan risiko penularan HS,lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca ekstrem yang berubah-ubah antara hujan dan panas ketika ini.
Tambah beliau,ia juga menyukarkan proses kawalan kerana pihak JPV perlu menyediakan kandang kepungan atau 'kore' bagi tujuan kuarantin dan vaksinasi.
Sehubungan itu,pihaknya berharap agar penternak memberikan kerjasama membawa ternakan mereka ke kandang masing-masing dan memaklumkan kepada jabatan untuk memudahkan proses vaksinasi.
Tahun lalu,JPV Terengganu telah melaksanakan lebih 11,731 suntikan vaksin HS kepada ternakan lembu dan kerbau di seluruh negeri.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur