2025-04-27 IDOPRESS

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,26 April- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyarankan orang ramai mempertimbangkan pembelian barang kemas sebagai bukan sahaja perhiasan,tetapi juga sebagai satu bentuk pelaburan jangka panjang.
Presidennya,Datuk Louis Ng berkata,dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu serta ketegangan geopolitik,emas kekal menjadi aset bernilai yang mampu mengekalkan nilainya berbanding wang kertas.
"Harga emas adalah untuk jangka masa panjang. Ia akan terus naik,sama ada kita suka atau tidak. Kalau nak banding dengan wang kertas,wang kertas dia supply tiada limit. Emas sangat terhad,dalam setahun,hanya kira-kira 1,500 tan dihasilkan oleh lombong-lombong emas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media di Rumah Terbuka Aidilfitri Public Gold.
Beliau turut menggalakkan orang ramai mengamalkan tabiat membeli emas secara berperingkat,sama ada dalam bentuk barang kemas,dinar atau jongkong kecil,sebagai simpanan masa depan.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur