2025-05-06 HaiPress

Presiden MERCY Malaysia Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus.
KUALA LUMPUR,5 Mei - Pasukan Rawatan Khas Ke-5(SCT 5) MERCY Malaysia selamat pulang ke tanah air selepas sebulan bertugas di Gaza.
Misi dari 27 Mac hingga 26 April itu dilaksana dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),di bawah koordinasi Emergency Medical Teams.
Sepanjang berada di Gaza,pasukan MERCY memberikan rawatan kritikal di hospital yang terjejas termasuk Al-Shifaa,Al-Nasser dan Hospital Pakar Kuwait.
Presiden MERCY Malaysia,Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus memaklumkan,mereka merawat ratusan mangsa cedera akibat letupan,patah,melecur serta jangkitan.
Kekurangan air bersih dan tempat perlindungan yang sesak katanya,turut memburukkan keadaan mangsa.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat MERCY Malaysia,di ibu negara.
MERCY dalam pada itu turut menggesa masyarakat antarabangsa terus mendesak Israel membenarkan akses bantuan tanpa halangan ke Gaza serta lindungi orang awam dan petugas kemanusiaan.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur