2025-05-06 HaiPress

Tengku Mahkota Kelantan,Pro-Canselor UMK
BACHOK,6 Mei – Tengku Mahkota Kelantan,Tengku Muhammad Fakhry Petra dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Watikah pemasyhuran dipersembahkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dalam satu istiadat penuh istiadat di Dewan Tuanku Canselor,UMK Bachok.
Pada istiadat itu,Tengku Muhammad Fakhry turut berkenan menyampaikan ijazah kepada 123 graduan UMK pada sidang pertama konvokesyen melibatkan 53 graduan Ijazah Doktor Falsafah,44 graduan Ijazah Sarjana Mod Penyelidikan dan 22 Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan serta empat Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA).
Dalam ucapan aluan,Naib Canselor menyifatkan ketokohan baginda yang menjunjung tinggi nilai ilmu dan pembangunan modal insan diyakini dapat menyumbang besar kepada kemajuan UMK sebagai institusi pendidikan tinggi berteraskan keusahawanan.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur