2025-05-06 HaiPress

Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak
KUCHING,6 Mei - Kerajaan Sarawak mengorak langkah ke hadapan dalam usaha membangunkan industri aeroangkasa negeri itu menerusi kerjasama strategik bersama syarikat penerbangan terkemuka dunia,Airbus.
Sehubungan itu,kerajaan negeri dan Airbus telah bersetuju untuk menubuhkan satu pasukan bersama bagi merangka pelan hala tuju pembangunan industri aeroangkasa negeri itu.
Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata hasil lawatan rasmi beliau ke ibu pejabat Airbusdan ATR,pengeluar pesawat turboprop di Toulouse,Perancis pada Isnin lepas telah membuka ruang kepada enam bidang utama yang dipersetujui untuk diteroka bersama ke arah menjadikan Sarawak sebagai hab aeroangkasa baharu di rantau Asia Pasifik.
“Penubuhan Pasukan Bersama Sarawak-Airbus itu bertujuan untuk mewujudkan gabungan tenaga kepakaran dalam industri melalui kerjasama dan perbincangan yang komprehensif antara pakar-pakar terlibat untuk merangka pelan berkenaan.
"Usaha ini dijangka dapat menjadi pemangkin kepada perkembangan industri penerbangan sekali gus membuka peluang baharu bagi kemajuan sektor ini di peringkat antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) hari ini.
Abang Johari berkatapenubuhan pasukan bersama itu merupakan antara enam bidang utama kerjasama strategik dipersetujui untuk diterokabersama kerajaan negeridan Airbus.
Selain itu,Airbus akan bekerjasama dengan kerajaan Sarawak untuk membangunkan satu kawasan seluas 100 ekar (40.5 hektar) di negeri itu sebagai tapak Aerotropolis,ia akan menjadi hab bersepadu untuk menyokong ekosistem industri penerbangan.
Beliau berkata kedua-dua pihak turutbersetuju untuk meneroka bidang penggunaan bahan api penerbangan mampan (SAF) yang sedang giat dibangunkan di Sarawak.
Airbus akanberganding dengan institusi tempatan Sarawak seperti Kolej Universiti ICATSbagi membangunkan program latihan serta silibus berkaitan aeroangkasa dalam usaha melahirkan modal insan untuk industri aeroangkasa,katanya.
Dalam pembangunan ekosistem industri sokongan aeroangkasa pula,beliau berkata Airbus akan membantu Sarawak untukmenerokapotensi pembuatan bahan komposit dan kulit sintetik berasaskan gas,selain teknologi avionik serta instrumenberasaskan kecerdasan buatan (AI).
Beliauberkata kerjasama dipersetujui turut melibatkan pembangunan sistem pendigitalan perjalanan dan perkhidmatan penerbangan yang bakal mengintegrasikan semua urusan perjalanan dalam satu pakej digital.
“"Ini bagi menyepadukan urusan perjalanan daripada tempahan tiket penerbangan,penggunaan sistem pengangkutan Projek Sistem Aliran Transit Automasi (ART) Kuching hingga ke penginapan dalam satu pakej digital yang lancar," katanya lagi.
ARTKuching adalahsebahagian daripada fasa pertama pelan Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS). - Bernama
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur