2025-05-07 IDOPRESS

Warga China yang datang ke Malaysia juga akan menikmati kemasukan tanpa visa bagi tempoh kumulatif tinggal hingga 90 hari./ Foto Bernama
KUALA LUMPUR 7 Mei: Rakyat Malaysia tidak lama lagi akan menikmati kemasukan tanpa visa ke China bagi tempoh kumulatif tinggal hingga 90 hari,sebaik sahaja kedua-dua negara melengkapkan prosedur domestik yang diperlukan di bawah Perjanjian Pengecualian Visa Bersama.
Kedutaan China di Malaysia dalam satu kenyataan semalam memaklumkan,perjanjian itu akan berkuat kuasa selama lima tahun dan akan dilanjutkan secara automatik untuk tempoh lima tahun berikutnya.
Menurut kedutaan,perjanjian itu menetapkan bahawa tempoh maksimum kumulatif tinggal tanpa visa bagi warganegara satu daripada pihak yang menandatangani perjanjian di wilayah pihak satu lagi adalah tidak melebihi 90 hari dalam mana-mana tempoh 180 hari.
"Bagi warganegara asing yang memasuki China di bawah dasar pengecualian visa,jumlah hari mereka tinggal di China tidak boleh melebihi 90 hari dalam tempoh 180 hari sebelum mana-mana tarikh," menurut kenyataan itu.
Kedutaan turut menjelaskan bahawa tempoh 90 hari itu tidak termasuk hari yang diluangkan di China dengan menggunakan visa,permit kediaman,dokumen visa lain atau Kad Perjalanan Perniagaan APEC.
Perjanjian untuk melanjutkan pengecualian visa antara China dan Malaysia itu telah ditandatangani semasa lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia bulan lepas.
Pelanjutan itu berdasarkan perjanjian timbal balik semasa,yang membenarkan warga China dan Malaysia membuat lawatan tanpa visa ke negara masing-masing bagi tempoh sehingga 30 hari.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur