2025-05-13 IDOPRESS

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2024 akan dikeluarkan pada 20 Mei ini,menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Foto BERNAMA / Gambar fail
KUALA LUMPUR,13 Mei - Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2024 akan diumumkan pada 20 Mei ini.
Kementerian Pendidikan menerusi kenyataan memaklumkan,seramai 4,507 calon telah mendaftar menduduki peperiksaan itu di 132 pusat seluruh negara.
Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan masing-masing di sekolah mulai pukul 10 pagi.
Manakala calon persendirian diminta menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar.
Selain itu,semakan slip keputusan juga boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan myresultstam.moe.gov.my bermula 10 pagi,20 Mei hingga 6 petang,26 Mei.
Bagi semakan ringkasan keputusan,khidmat SMS turut disediakan dalam tempoh sama dengan menaip STAMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur